56 pelajar madrasah terima anugerah cemerlang dalam sukan

19 Nov 56 pelajar madrasah terima anugerah cemerlang dalam sukan

KEJAYAAN SUKAN DIIKTIRAF: (Dari kiri) Pengerusi MSGC 2016/17, Encik Herman Cher Ma’in; Encik Abdul Razak Maricar; Muhammad Naashiruddiin Khamis; Zayna Hashim; dan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood; beramah mesra di majlis penyampaian anugerah di Dewan Sukan Tertutup Toa Payoh semalam. – Foto BM oleh NUR DHUHA ESOOF

Disiarkan di Berita Harian pada 19 Nov 2017

KEJAYAAN pelajar madrasah dalam bidang sukan diiktiraf buat kali pertama dalam satu majlis penyampaian anugerah semalam.

Sejumlah 56 pelajar daripada enam madrasah sepenuh masa setempat Singapura menerima Anugerah Warna dan Anugerah Warna (Cemerlang) Jawatankuasa Permainan dan Sukan Madrasah (MSGC) di atas prestasi cemerlang mereka dalam sukan dan permainan bagi tahun lalu dan tahun ini.

sumber : https://www.beritaharian.sg/setempat/56-pelajar-madrasah-terima-anugerah-cemerlang-dalam-sukan

No Comments

Post A Comment